1.Pengurusan Sisa Penjagaan Kesihatan Pesakit di Rumah oleh Penjaga bagi Pesakit yang Menghidap Penyakit Tidak Berjangkit: Ulasan Naratif
Siti Bazlina Mohd Rawi ; Roszita Ibrahim ; Mohd Hasni Jaafar ; Norfazilah Ahmad ; Muhammad Ridzwan Rafi&rsquo ; l ; Cassidy Devarajooh
International Journal of Public Health Research 2025;15(2):2357-2365
Pengurusan Sisa Penjagaan Kesihatan Pesakit di Rumah oleh Penjaga bagi Pesakit yang Menghidap Penyakit Tidak Berjangkit: Ulasan Naratif
Pengenalan Pengurusan sisa penjagaan kesihatan adalah penting dalam menjaga alam sekitar dan kesihatan awam. Dalam konteks penjagaan pesakit penyakit tidak berjangkit (NCD) di rumah, penghasilan sisa berbahaya seperti benda tajam dan bahan berjangkit menuntut pengurusan yang berkesan bagi mengurangkan risiko pencemaran dan jangkitan. Ulasan naratif ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis sisa yang dijana, amalan pelupusan dan kekangan yang dihadapi semasa pengurusan sisa penjagaan di rumah. Metodologi Kajian ini menggunakan pendekatan ulasan naratif dengan meneliti artikel jurnal, laporan kes, dan panduan berkaitan pengurusan sisa penjagaan kesihatan di rumah bagi pesakit NCD dalam tempoh 10 tahun. Carian artikel dilakukan dalam pangkalan data seperti PubMed, Scopus dan WOS. Hasil Tujuh artikel telah memenuhi kriteria inklusi melalui carian literatur yang dijalankan. Penemuan menunjukkan sisa yang dihasilkan terdiri daripada benda tajam, bahan berjangkit, dan sisa farmaseutikal. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan dalam amalan pengasingan dan pelupusan sisa yang sesuai oleh penjaga. Sebahagian besar penjaga membuang sisa klinikal bercampur dengan sisa domestik biasa, yang meningkatkan risiko kesihatan.KesimpulanPerbezaan amalan pengurusan sisa penjagaan pesakit di rumah adalah berdasarkan tahap ekonomi sesebuah negara. Kekurangan pengetahuan, garis panduan khusus serta pemantauan bagi pengurusan sisa penjagaan di rumah menyebabkan penjaga menghadapi cabaran dalampelupusan yang selamat. Di samping itu, ketiadaan infrastruktur yang mencukupi turut memburukkan keadaan bagi negara berpendapatan rendah atau sederhana. Latihan dan kesedaran kepada penjaga serta dasar yang komprehensif diperlukan untuk memastikan pengurusan sisa penjagaan kesihatan yang lebih selamat dan efektif. Hal ini penting bagi mengurangkan risiko jangkitan dan perlindungan alam sekitar.

Result Analysis
Print
Save
E-mail