Medicine and Health 2019;14(2):17-29
Various Ways of Continuous Intraocular Pressure Monitoring in Glaucoma Patients: A Narrative Review
RAMAKRISHNAN G ; CHE HAMZAH J ; SHARANJEET-KAUR S
Keywords
fluktuasi; kanta sentuh; pemantauan; sensor; tekanan intraokular; tonometri sendiri; transduser
Country
Malaysia
Language
English
Abstract
Glaukoma adalah sejenis penyakit neurodegeneratif yang berlaku akibat ketidakseimbangan dalam peredaran cecair akues yang disebabkan oleh resistan pada sistem pengaliran keluar cecair tersebut. Ini meningkatkan tekanan intraokular (TIO) yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik dan seterusnya mengakibatkan kebutaan yang kekal. Oleh kerana TIO adalah satu faktor risiko glaukoma yang boleh dikawal, ciri-ciri dan variasi tekanan sepanjang 24 jam perlu dikenalpasti sebelum rawatan dimulakan. Pemantauan TIO adalah satu aspek yang terpenting dan kritikal dalam pengurusan glaukoma. Pelbagai tindakan kawalan melalui penggunaan teknologi yang berbeza telah dan sedang dilakukan untuk pemantauan TIO yang kerap dan berterusan selama 24 jam untuk menentukan kewujudan TIO yang tinggi (peak) dan fluktuasi tekanan. Artikel ini bertujuan untuk meninjau pendekatan inovatif yang terkini serta untuk mengulas kepentingan dan kelemahan setiap teknik bagi memperolehi profil TIO selama 24 jam.
备案号: 11010502037788, 京ICP备10218182号-8)