Prevalens Simptom Muskuloskeletal dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya dalam kalangan Pegawai Perubatan yang Mengendali Mesin Ultrabunyi Pranatal di Klinik Kesihatan di negeri Selangor pada tahun 2024
- VernacularTitle:Prevalence of Musculoskeletal Symptoms and Associated Factors Among Medical Officers Operating Prenatal Ultrasound Machines in Health Clinics in Selangor in 2024
- Author:
Noorasyikin Jamar
1
;
Zaleha Md Isa
2
;
Hanizah Mohd Yusoff
2
Author Information
- Publication Type:Journal Article
- Keywords: Klinik Kesihatan; Mesin ultrabunyi; Simptom Muskuloskeletal
- From: International Journal of Public Health Research 2026;16(1):2392-2409
- CountryMalaysia
- Language:Malay
- Abstract: Prevalens Simptom Muskuloskeletal dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya dalam kalangan Pegawai Perubatan yang Mengendali Mesin Ultrabunyi Pranatal di Klinik Kesihatan di negeri Selangor pada tahun 2024:Pengenalan Masalah muskuloskeletal dalam kalangan pengendali mesin ultrabunyi merupakan isu yang telah diketengahkan oleh negara-negara luar tetapi kurang mendapat perhatian di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat prevalens simptom muskuloskeletal dalam kalangan pengendali mesin ultrabunyi dan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhinya. Metodolog iKajian keratan rentas ini melibatkan pegawai perubatan yang bertugas di klinik-klinik kesihatan di negeri Selangor yang melakukan pengimbasan janin untuk pesakit pranatal di unit Kesihatan Ibu dan Anak. Pengumpulan data telah dilakukan antara bulan Mei 2024 sehingga bulan Julai 2024 menggunakan pensampelan mudah yang melibatkan 84 responden yang memberikan persetujuan untuk menjawab kajian soal selidik dalam talian. Hasil Prevalens simptom muskuloskeletal yang berlaku sekurang-kurangnya selama 24 jam dalam 12 bulan yang lalu yang berkait dengan penggunaan mesin ultrabunyi ialah 29.8%, di mana peramal penting dalam model akhir yang dikenal pasti menggunakan model regresi logistik berganda ialah stres tempat kerja bagi domain skala stres tempat kerja (OR 10.95 (95% SK 1.94, 61.69), p = 0.007)); ketidakselesaan transduser bagi domain stesen kerja dan organisasi (OR 7.85 (95% SK 2.17, 28.37), p = 0.002)); dan jumlah pesakit dalam sehari bagi domain tugasan dan beban kerja (OR 4.24 (95% SK 1.15, 15.62), p = 0.030)). Kesimpulan Stres di tempat kerja ialah peramal paling kuat mempengaruhi simptom muskuloskeletal dalam kalangan pengendali mesin ultrabunyi, ini diikuti oleh ketidakselesaan dalam penggunaan transduser ultrabunyi, dan akhir sekali ialah jumlah pesakit yang lebih ramaidiperiksa dalam tempoh sehari
- Full text:2026070808541238863Prevalens Simptom Muskuloskeletal.pdf
