- VernacularTitle:Social Networks and Their Impact on Health: A Narrative Review
- Author:
Fatin Adilah Abdullah
1
;
Noridatulakma Abdullah
1
;
Noridatulakma Safian
1
;
Azmawati Mohammed Nawi
1
Author Information
- Publication Type:Review
- Keywords: Rangkaian sosial; Teori rangkaian sosial; Kesan kesihatan; SNA; SNI.
- From: International Journal of Public Health Research 2025;15(2):2282-2287
- CountryMalaysia
- Language:English
- Abstract: Pengaruh Rangkaian Sosial Terhadap Kesihatan: Ulasan Naratif:Pengenalan Rangkaian sosial memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku kesihatan individu dan komuniti. Pemahaman terhadap struktur hubungan sosial membantu dalam merangka intervensi kesihatan yang lebih berkesan. Ulasan ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang menyeluruh terhadap konsep dan aplikasi teori rangkaian sosial dalam konteks kesihatan. Metodologi Pencarian literatur dilakukan dalam pangkalan data seperti PubMed, Scopus, EBSCO, Web of Science dan Google Scholar. Artikel yang melibatkan hubungan rangkaian sosial dan kesihatan disaring berdasarkan kriteria kemasukan yang ditetapkan.Hasil Kajian Pendekatan Teori Rangkaian Sosial (SNT), menggunakan kaedah kajian seperti Analisa rangkaian sosial (SNA) dan indeks rangkaian sosial (SNI) secara meluas dalam kajian terdahulu. Dapatan kajian menunjukkan komponen rangkaian sosial seperti saiz rangkaian, kepadatan, kekuatan ikatan, pemusatan dan keterbenaman memainkan peranan dalam penyebaran maklumat kesihatan dan pembentukan norma komuniti. Hubungan sosial dalam sesebuah komuniti masyarakat mempengaruhi corak penyebaran penyakit dan tingkah laku kesihatan seperti pengambilan saringan, pematuhan rawatan dan amalan kesihatan. Kesimpulan Rangkaian sosial dapat mempengaruhi kesihatan seseorang individu berdasarkan interaksinya dalam masyarakat. Pengaruh daripada interaksi dalam rangkaian sosial ini berpotensi untuk memanfaatkan dalam strategi intervensi kesihatan awam, terutamanya dalam kalangan komuniti yang mempunyai hubungan sosial yang rapat dan saling mempengaruhi
- Full text:2026061117100801844Pengaruh Rangkaian Sosial.pdf

