- VernacularTitle:Obesogen Chemicals and Childhood Obesity as a Public Health Threat: A Narrative Review
- Author:
Nur Atiqah Mohd Ahwan
1
;
Zaleha Md Isa
1
;
Mohd Hasni Jaafar
1
;
Norfazilah Ahmad
1
Author Information
- Publication Type:Review
- Keywords: Obesiti Kanak-Kanak; Bahan Kimia Obesogenik; Pengganggu Endokrin; Adipogenesis; Phthalate.
- From: International Journal of Public Health Research 2025;15(1):2076-2086
- CountryMalaysia
- Language:Malay
- Abstract: Kimia Obesogen dan Obesiti Kanak-kanak sebagai Ancaman Kesihatan Awam: Satu Ulasan Naratif:PengenalanObesiti dalam kalangan kanak-kanak ialah isu kesihatan global yang semakin meningkat dengan prevalens yang tinggi, termasuk di Malaysia. Faktor persekitaran seperti pendedahan kepada bahan kimia obesogen dipercayai menyumbang kepada peningkatan risiko obesiti. Ulasan naratif ini bertujuan untuk menyiasat hubungan antara bahan kimia obesogenik dan obesiti kanak-kanak secara mendalam bagi menyokong pembangunan strategi pencegahan yang lebih berkesan.MetodologiUlasan naratif ini dijalankan menggunakan pangkalan data PubMed, Google Scholar, Web of Science, dan Scopus untuk menyiasat hubungan antara bahan kimia obesogenik dan obesiti kanak-kanak. Kata kunci yang relevan digunakan untuk mengenal pasti artikel yang memenuhi skop kajian. Artikel tambahan diperoleh melalui rujukan silang daripada artikel yang dipilih dalam carian awal.Hasil KajianObesogen ialah bahan kimia eksogen yang mengganggu fungsi metabolik, mempromosikan pengumpulan lemak, dan meningkatkan risiko obesiti dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya melalui mekanisme seperti gangguan adipogenesis, penurunan kadar metabolik basal, dan perubahan kawalan selera makan. Kajian menunjukkan hubungan yang signifikan antara pendedahan pranatal kepada bahan kimia seperti phthalate dan PFAS dengan peningkatan indeks jisim badan (BMI) dan risiko obesiti kanak-kanak. Kajian eksperimen turut mengesahkan bahawa obesogen seperti BPA dan phthalate mempromosikan adipogenesis dan gangguan metabolik dalam model haiwan dan sel manusia, memberikan bukti kukuh tentang peranan obesogen terhadap obesiti kanak-kanak.KesimpulanPendedahan kepada obesogen kimia memberi kesan negatif terhadap obesiti kanak-kanak. Oleh itu, tindakan segera melalui kawalan bahan kimia dan pendidikan awam amat diperlukan. Penyelidikan lanjutan dan perubahan polisi global juga perlu dilaksanakan bagi memastikan masa depan yang lebih sihat untuk generasi akan datang.
- Full text:2026061111481071394Kimia Obesogen dan Obesiti Kanak-kanak.pdf

