Cabaran Dalam Pencegahan dan Kawalan Plasmodium Knowlesi Malaria Di Rantau Asia Tenggara – Ulasan Naratif
- VernacularTitle:Challenges in the Prevention and Control of Plasmodium Knowlesi Malaria in the Southeast Asian Region – A Narrative Review
- Author:
Shahrul Azhar Md Hanif
1
;
Nazarudin Safian
1
;
Ahmad Farid Nazmi Abdul Halim
1
;
Muhammad Ridzwan Rafi’i
1
;
Qistina Mohd Ghazali
1
;
Nurul Athirah Naserrudin
2
;
Mohd Rohaizat Hassan
1
Author Information
- Publication Type:Review
- Keywords: Plasmodium knowlesi; Malaria; Cabaran; Halangan; Naratif.
- From: International Journal of Public Health Research 2025;15(1):2146-2156
- CountryMalaysia
- Language:Malay
- Abstract: Cabaran Dalam Pencegahan dan Kawalan Plasmodium Knowlesi Malaria Di Rantau Asia Tenggara – Ulasan Naratif:PengenalanDi sebalik kejayaan program penghapusan malaria manusia, terdapat peningkatan yang membimbangkan berkenaan jangkitan malaria Plasmodium knowlesi (P. knowlesi) di rantau Asia Tenggara. Pemahaman menyeluruh tentang cabaran dalam mencegah dan mengawal malaria zoonosis ini mesti diutarakan, terutamanya apabila menentukan strategi paling berkesan untuk menyekat penularan penyakit.MetodologiDi sebalik kejayaan program penghapusan malaria manusia, terdapat peningkatan yang membimbangkan berkenaan jangkitan malaria Plasmodium knowlesi (P. knowlesi) di rantau Asia Tenggara. Pemahaman menyeluruh tentang cabaran dalam mencegah dan mengawal malaria zoonosis ini mesti diutarakan, terutamanya apabila menentukan strategi paling berkesan untuk menyekat penularan penyakit.Hasil KajianKepelbagaian manusia, seperti sosioekonomi dan sosiobudaya tempatan yang majmuk, persepsi yang rendah dan pematuhan optimum terhadap langkah-langkah pencegahan dan kawalan perlu ditangani. Isu dana nasional, pelaksanaan program, dan birokrasi mesti diselesaikan dalam memastikan keberkesanan peranan kerajaan dan kerjasama pelbagai sektor apabila melibatkan pengurusan penyakit malaria. Kejayaan sesuatu program akan terhalang sekiranya tiada sokongan daripada pemimpin masyarakat dan bertentangan dengan dinamik sosial. Kebolehsuaian nyamuk Anopheles bertanggungjawab terutamanya terhadap cabaran yang dihadapi dalam kawalan vektor. Kesan anjakan ekologi dan perubahan iklim, ditambah dengan aktiviti antropogenik mewujudkan limpahan zoonosis dan variasi penyesuaian yang mengubah landskap transmisi sylvian dan manusia.KesimpulanCabaran daripada pelbagai faktor mengurangkan keberkesanan dalam mencegah penularan penyakit ini. Pendekatan baharu mesti dibangunkan untuk mencapai kawasan terjejas dengan intervensi jangka panjang, komprehensif dan berkesan.
- Full text:2026061111375782768Cabaran Dalam Pencegahan dan Kawalan Plasmodium Knowlesi.pdf
