Kesan Dialisis Terhadap Prestasi Aktiviti Kehidupan Seharian dalam Kalangan Pesakit Diabetes di Wilayah Kuala Selangor: Satu Kajian Kualitatif
10.17576/JSKM-2026-2401-11
- Author:
Nur Atikah Suib
1
;
Farahiyah Wan Yunus
2
Author Information
1. Hatching Center, Bandar Sungai Long, 43200 Kajang, Selangor.
2. Centre for Rehabilitation and Special Needs Studies. Occupational Therapy Programme, Faculty of Health Sciences, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur.
- Publication Type:Journal Article
- Keywords:
Diabetes;
Temu Bual Separa Berstruktur;
Aktiviti Fizikal;
Aktiviti Kehidupan Seharian;
Prestasi;
Hemodialisis
- From:Malaysian Journal of Health Sciences
2026;24(No. 1):112-123
- CountryMalaysia
- Language:English
-
Abstract:
Dialisis merupakan rawatan yang lazim bagi pesakit kegagalan buah pinggang. Dari tahun ke tahun, bilangan
pesakit yang menjalani dialisis semakin meningkat dengan kadar yang membimbangkan. Tahap keupayaan
fungsi pesakit dialisis adalah lebih rendah berbanding pesakit diabetes yang tidak menjalani dialisis. Kajian
ini bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana dialisis mempengaruhi prestasi Aktiviti Kehidupan Seharian
(ADL) dalam kalangan pesakit diabetes di Kuala Selangor serta faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi ADL
mereka. Kajian berkaitan prestasi ADL dalam kalangan pesakit dialisis yang menghidap diabetes masih terhad.
Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui sesi temu bual bersemuka secara separa berstruktur.
Seramai sepuluh peserta telah direkrut berdasarkan kriteria kemasukan yang ditetapkan. Lima tema utama telah
dikenal pasti daripada temu bual, iaitu: (i) meningkatkan kualiti kehidupan seharian: perspektif baharu terhadap
aktiviti harian; (ii) kesan diabetes terhadap aktiviti kehidupan seharian; (iii) kesan dialisis terhadap aktiviti
kehidupan seharian; (iv) prestasi fungsi dalam aktiviti asas kehidupan seharian; dan (v) aktiviti harian yang
dianggap penting. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelbagai jenis aktiviti kehidupan seharian telah terjejas
akibat kelemahan fizikal yang dialami oleh peserta. Kajian ini dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam
kepada ahli terapi cara kerja dan bidang pemulihan lain mengenai keupayaan fizikal pesakit diabetes yang
menjalani hemodialisis
- Full text:202603191148397888985076-318932-1-PB.pdf