APLIKASI TEKNOLOGI CRISPR/CAS9 DAN PENYUNTINGAN PERDANA DALAM KAJIAN BIOLOGI MOLEKUL DAN KEFUNGSIAN GEN
10.17576/JSKM-2025-2302-07
- Author:
Nurul Nadia Mohamad Zamberi
1
;
Mohd Raziff Alias
1
;
M. Aiman Mohtar
1
;
Saiful Effendi Syafruddin
1
Author Information
1. Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI), Jalan Yaacob Latiff, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
- Publication Type:Journal Article
- Keywords:
CRISPR/Cas9;
Penyuntingan Perdana;
Penyuntingan Genom;
Pengawalseliaan Transkripsi;
Modifikasi Epigenetik
- From:Malaysian Journal of Health Sciences
2025;23(No.2):67-79
- CountryMalaysia
- Language:English
-
Abstract:
Kemunculan teknologi penyuntingan genom, terutamanya CRISPR/Cas9, telah mengubah dan merevolusikan
landskap bidang genetik dan biologi molekul dengan begitu drastik. Sistem CRISPR/Cas9 diadaptasi daripada
sistem adaptasi imuniti bakteria, menggunakan enzim Cas9 yang dipandu oleh sgRNA untuk penyingkiran gen atau
penyuntingan genom secara jitu. Walau bagaimanapun, cabaran seperti kesan luar sasaran (off-target effects)
telah mendorong pembangunan beberapa varian Cas9 seperti dCas9. dCas9 diubah suai untuk tidak memiliki
sebarang aktiviti endonuklease dan kini dCas9 telah digunakan untuk pelbagai aplikasi yang melangkaui fungsi
tradisional CRISPR/Cas9 sebagai kaedah pengeditan genom. Selain itu, teknologi terkini penyuntingan perdana
(prime editing) telah menggabungkan enzim Cas9 yang diubahsuai bersama enzim transkriptase berbalik (reverse
transcriptase) untuk meningkatkan lagi tahap keberkesanan penyuntingan genom secara jitu. Walaupun wujud
kerisauan terhadap pertimbangan etika dan kebimbangan terkait keselamatan, namun teknologi ini menjanjikan
dampak yang besar di dalam menangani penyakit genetik serta aplikasi dalam bidang perubatan jitu (precision
medicine). Memahami dan mengoptimumkan potensi CRISPR/Cas9 dan teknologi penyuntingan perdana
menandakan bermula era baharu dalam bidang penyelidikan berkaitan biologi dan perubatan, dan seterusnya
menyediakan satu platform untuk penyuntingan genom yang tepat dan pengawalseliaan proses transkripsi gen.
- Full text:202602031542181143672029-296487-2-PB.pdf