Various Ways of Continuous Intraocular Pressure Monitoring in Glaucoma Patients: A Narrative Review
- Author:
RAMAKRISHNAN G
;
CHE HAMZAH J
;
SHARANJEET-KAUR S
- Publication Type:Review
- Keywords:
fluktuasi;
kanta sentuh;
pemantauan;
sensor;
tekanan intraokular;
tonometri sendiri;
transduser
- From:Medicine and Health
2019;14(2):17-29
- CountryMalaysia
- Language:English
-
Abstract:
Glaukoma adalah sejenis penyakit neurodegeneratif yang berlaku akibat
ketidakseimbangan dalam peredaran cecair akues yang disebabkan oleh
resistan pada sistem pengaliran keluar cecair tersebut. Ini meningkatkan tekanan
intraokular (TIO) yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik dan seterusnya
mengakibatkan kebutaan yang kekal. Oleh kerana TIO adalah satu faktor risiko
glaukoma yang boleh dikawal, ciri-ciri dan variasi tekanan sepanjang 24 jam perlu
dikenalpasti sebelum rawatan dimulakan. Pemantauan TIO adalah satu aspek yang
terpenting dan kritikal dalam pengurusan glaukoma. Pelbagai tindakan kawalan
melalui penggunaan teknologi yang berbeza telah dan sedang dilakukan untuk
pemantauan TIO yang kerap dan berterusan selama 24 jam untuk menentukan
kewujudan TIO yang tinggi (peak) dan fluktuasi tekanan. Artikel ini bertujuan untuk
meninjau pendekatan inovatif yang terkini serta untuk mengulas kepentingan dan
kelemahan setiap teknik bagi memperolehi profil TIO selama 24 jam.
- Full text:22.2020my0003.pdf