Genipin-Crosslinked Gelatin Scaffold in Tissue Engineering: A Systematic Review
- Author:
MUHAMMAD MIOR AMIRUL A1
;
MOHD HEIKAL MY
;
MH BUSRA F
- Publication Type:Review
- Keywords:
fizikokimia;
gelatin;
genipin;
kerangka tisu;
kejuruteraan tisu;
penyilangan
- From:Medicine and Health
2019;14(2):1-16
- CountryMalaysia
- Language:English
-
Abstract:
Gelatin sering digunakan dalam pembuatan kerangka kejuruteraan tisu kerana ia
mempunyai ciri-ciri biologi yang baik, termasuk mempercepatkan penyembuhan
luka. Genipin, bahan semula jadi yang diperolehi dari tumbuhan Gardenia, terbukti
berkesan dalam memperkukuhkan ciri-ciri fizikokimia gelatin. Ulasan sistematik
ini melaporkan pengetahuan terkini mengenai pengunaan genipin sebagai agen
penyilangan gelatin. Dua pangkalan data elektronik telah digunakan, iaitu Scopus
dan MEDLINE melalui Ebscohost. Carian dilakukan untuk penerbitan antara Januari
1999 hingga Disember 2018 menggunakan kata kunci ‘gelatin’ dan ‘genipin’.
Makalah berbahasa Inggeris, yang melaporkan kegunaan genipin untuk pembuatan
span gelatin telah dipilih. Terdapat 830 makalah dijumpai melalui carian kata
kunci di mana 14 makalah telah dipilih dan dibincangkan dalam ulasan sistematik
ini. Dapatan kajian termasuk kepekatan, suhu penyilangan, dan cara pembuatan
yang optima untuk genipin. Kepekatan genipin yang optima adalah 0.5% dan suhu
penyilangan yang optima adalah 25˚C. Keputusan kajian ini menunjukkan jurang
pengetahuan dalam pengunaan genipin sebagai agen penyilangan gelatin dan
lebih kajian diperlukan untuk mengisi jurang ini. Kajian ini menyediakan tinjauan
meluas berkenaan pengetahuan terkini mengenai penggunaan genipin sebagai
agen penyilangan gelatin.
- Full text:22.2020my0002.pdf